• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chauvinis Ancam Keharmonian Negara! – Ulama PAS

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini terhakis kerana perpaduannya sering diganggu gugat oleh suara-suara chauvinis, rasis di atas nama kebebasan bersuara.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, golongan muda Malaysia pula semakin dikhayalkan dengan budaya hedonism melampau dan kemaksiatan juga bermaharajalela.

Justeru, katanya, golongan ulama selaku pewaris para nabi perlu memainkan peranan untuk membawa masyarakat Malaysia kembali kepada Allah S.W.T.

“Maka ketahuilah wahai para alim ulama sekalian, masyarakat kita sedang berhadapan dengan penyakit dalaman, luaran, batin dan mental.

“Masyarakat mengetahui kalian merupakan pewaris paara nabi. Kalian mewarisi ilmu, akhlak dan peranan baginda serta nabi dan rasul sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mahfodz meminta kepimpinan dan ahli DUPP memperbanyakkan dakwah dengan memberi penekanan kepada kefahaman tentang aqidah kepada masyarakat.

Katanya, mereka perlu juga menjauhi sikap cepat menghukum dan menuturkan kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaan orang lain serta perbanyakkan bersabar dan bertenang.

“Dewan ulama sebagai sayap parti yang menjadi tunjang kepada organisasi , elakkanlah diri dari terperangkap apatah lagi mencetuskan provokasi, kontroversi dan polemik di dalam mahupun di luar jemaah kita,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChauvinisPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd