• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Rapid Rail Minta Maaf Brek LRT Gagal Berfungsi

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) meminta maaf berikutan brek dua tren LRT bagi Laluan Kelana Jaya gagal berfungsi hari ini.

Insiden pertama berlaku di Stesen Setiawangsa pada pukul 8 pagi sementara kejadian kedua berlaku di Stesen Universiti pada 12.18 tengah hari.

Gerabak Tren LRT Terbakar Dekat Stesen Setiawangsa

Kedua-dua kejadian menyebabkan perkhidmatan di laluan itu terganggu sementara asap tebal turut kelihatan pada kedua-dua tren.

Lagi Tren LRT Terbakar.. Kali Ini Dekat Stesen Universiti

“Kesemua penumpang dipindahkan ke tren penyelamat sejurus selepas berlaku kebakaran. Api dipadamkan anggota penyelamat Rapid Rail menggunakan alat pemadam di dalam tren,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Ahmad Nizam Mohd Amin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Rapid Rail menyedari masalah berkaitan brek itu dan membuat pemeriksaan khas ke atas tren yang melalui laluan itu bagi memastikan keselematan penumpang.

Masalah brek itu telah dibawa kepada pengetahuan pembuat tren Bombardier dan pembuat brek Knorr Brake Company yang kedua-dua pihak mengaku terdapat isu rekacipta pada brek.

“Untuk jangka masa panjang, jurutera kami telah mengendali penyepit brek ke atas 35 tren empat gerabak dengan mengantikan sendal brek.

“Sehingga hari ini, sebanyak 40 peratus daripada 560 unit penyepit brek telah dipasang dengan penyendal brek baharu, sehingga syarikat pengeluar brek menyediakan penyelesaian muktamad kepada masalah itu,” kata Ahmad Nizam. – BERNAMA

Tags: LRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd