Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Subsidi Minyak Masak Tulen...

PUTRAJAYA : Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan...

Pelaburan DAP Di Sarawak...

KUALA LUMPUR - Kekalahan teruk DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sangat...

Maszlee Tidak Pernah Cadang...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan laporan bahawa Menterinya Dr Maszlee Malik mencadangkan...

RTM Nafi Larang Mufti...

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysian (RTM) menafikan dakwaan yang disiarkan di Utusan...

Buat Pertama Kali.. Tun Mahathir Bintangi Filem Kapsul

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mencipta sejarah tersendiri dalam dunia perfileman apabila bersetuju untuk tampil buat pertama kalinya membintangi filem berjudul Kapsul.

Lebih mengujakan, filem arahan Allahyarham Martias Mohd Ali dan terbitan syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd itu bakal menemui penonton tidak lama lagi bermula 17 September depan.

Mengulas mengenai penampilan Tun M, penerbitnya Amru Najmi Osman berkata kehadiran negarawan tersebut dalam filem itu tidak ada kaitan dengan keadaan politik semasa.

“Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

“Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, Tun M bersetuju untuk membintangi filem ini disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.


Menerusi filem itu, Tun M terlibat dalam lima babak antaranya termasuk berdialog dengan pelakon utama Kapsul iaitu Faizal Hussein.

Difahamkan, filem ini telah menjalani penggambaran sejak tahun lalu hasil intepretasi Martias dalam menggambarkan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan  yang tercatat dalam kapsul berkenaan amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori