Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Status Berbaur Hasutan, Nabil...

PERCAKARAN 'manja' pengacara dan pelakon Nabil Ahmad dan chef selebriti Prof. Datuk Chef...

Dasar Kerajaan Pastikan Negara...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Klopp Pening Kepala, 3...

SADIO Mane menjadi pemain Liverpool terbaharu yang bergelut dengan kecederaan selepas Mohamed Salah...

Pelajar Dituduh Curi iPhone...

GARA-GARA dituduh mencuri telefon bimbit milik seorang guru, seorang pelajar tingkatan dua kini...

Biadap! Ariana Grande Kantoi Jilat Donut Tapi Tak Beli

ariana-grande-iheartradio-600x450

VIDEO yang memaparkan penyanyi kecil molek Hollywood, Ariana Grande, yang dipercayai telah menjilat sebiji donut yang dijual di sebuah kedai di California kini dalam siasatan pihak polis.

Aksi pelantun lagu One Last Time itu yang bersama teman lelakinya telah menggemparkan orang ramai kerana sikap yang dipaparkan itu dikatakan agak keterlaluan dan kurang ajar.

Menerusi video yang sama, Ariana kedengaran telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat tempatan di Amerika Syarikat.

ariana-grande-investigated-by-police-health-department-for-licking-those-donuts-video

Penyanyi bersuara lantang itu didengar telah meluahkan isi hatinya dengan menyatakan ‘Saya benci America‘ ketika menunggu di dalam kedai donut itu.

Walaubagaimanapun, dia dikatakan sudah meminta maaf atas kenyataan yang dibuat itu malah mendakwa di sangat sayang dan bangga dengan negaranya itu.


Berbalik kepada isu donut yang dijilatnya, dia didakwa tidak membeli donut yang dijilatnya itu dan pihak polis kini masih lagi menyiasat perkara tersebut.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut mengenai siasatan polis itu, wakil kepada Ariana menyatakan dia tidak akan memberi sebarang komen setakat ini.

Tahap kebersihan kedai donut itu kini telah diturunkan kepada gred B, malang betul kepada sesiapa yang terbeli donut yang sudah dijilat itu.

Jangan ingat kalau sudah terkenal atau jadi idola ramai orang boleh bertindak sesuka hati, sebagai public figure tingkah laku itu penting untuk dipelihara. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYFQ AKHIR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori