• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berwaspada Aktiviti Kutu Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktiviti main kutu secara dalam talian menjadi popular sejak kebelakangan ini, namun orang ramai perlu berhati-hati dengan kegiatan di alam maya itu bagi mengelakkan ditipu.

Ini kerana permainan kutu di laman sosial mempunyai risiko tersendiri sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengenali latar belakang anggota serta pengendali kutu.

Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berpendapat, pengendali serta anggota yang menyertai kutu perlu sentiasa berwaspada bagi mengelakkan ditipu.

“Permainan kutu diperluaskan melalui media sosial terutamanya di laman Facebook tanpa bersemuka melakukan pembayaran dan kutipan wang. Mereka (anggota dan pengendali) membuat pembayaran atas dasar kepercayaan.

“Namun sikap tamak dan terlalu ghairah dalam kalangan pengendali dan anggota menyebabkan berlakunya unsur penipuan. Mereka menghilangkan diri selepas mendapat wang atau barang yang mereka kehendaki,” katanya kepada Bernama di sini.

Kutu kini bukan sahaja berbentuk wang tunai malah melibatkan barangan seperti barang kemas, barang bayi dan barang hiasan rumah yang turut diiklankan dalam Facebook dengan harga yang murah bagi ‘mengumpan’ anggota baharu.

“Kebanyakan yang tertarik dengan aktiviti ini adalah mereka yang tidak mampu mendapatkan barangan tersebut secara tunai dengan harga mahal dan mahu barangan tersebut dengan segera.

“Contohnya, mereka sanggup membayar secara ansuran untuk mendapatkan barang kemas itu tanpa memikirkan ketulenan barang kemas itu. Mereka mula sedar dirinya ditipu selepas menerima barang palsu itu,” kata Saharuddin.

Beliau berkata adalah selamat jika bermain kutu dengan orang yang dikenali seperti rakan sekerja, jiran atau saudara-mara.

Bagi pengendali kutu, S. Chitra, 36, berkata adalah perlu seseorang anggota mahupun pengendali untuk bersemuka sebelum melakukan sebarang transaksi wang.

Chitra berkata kedua-kedua pihak perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, serta alamat terkini bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya sentiasa berwaspada dengan anggota baharu, saya akan jelaskan syarat permainan kutu kepada mereka sebelum mereka menjadi anggota. Sebagai ‘ibu kutu’ saya memikul tanggungjawab lebih berat,” katanya. Sementara itu, seorang anggota kutu yang dikenali sebagai Abu Salleh, 27, berkata beliau lebih berminat kepada barangan gajet dan alat elektronik.

“Kalau nak beli secara tunai harga agak mahal, jadi apabila bermain kutu, setiap bulan kita bayar harga barangan itu secara ansuran.

“Permainan kutu melalui pulangan wang tunai memang berisiko kerana tawaran dibuka kepada pengguna Facebook yang terlalu ramai dan sudah tentu kita tidak mengenali kesemua anggota,” katanya.

Bagaimanapun, Abu berkata setakat ini kumpulan kutu yang disertainya boleh dipercayai dan tidak bermasalah manakala ‘ibu kutu, juga sentiasa bertanggungjawab terhadap anggotanya. – BERNAMA

https://youtu.be/72Tm1Xbc8WQ

Tags: kutu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kaki Berlubang Dimamah Kutu Air Kelaparan

08/08/2017
0

MELBOURNE - Seorang remaja ‘berlubang’ kedua-dua kakinya selepas dimamah serangga ketika berendam dalam air laut selepas main bola sepak di...

Lelaki Rakam Kutu Merayap Atas Kepala Wanita

04/08/2017
0

JIJIK. Seorang penumpang sebuah bas telah merakamkan secara rahsia kepala seorang wanita di mana kutu-kutu merayap di atas dan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd