• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaki Berlubang Dimamah Kutu Air Kelaparan

oleh Ahmad Albab
08/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Seorang remaja ‘berlubang’ kedua-dua kakinya selepas dimamah serangga ketika berendam dalam air laut selepas main bola sepak di tepi pantai di Brighton, baru-baru ini.

Sam Kanizay, 16, berkata, kerana kepanasan, dia merendamkan kakinya di dalam air laut selepas main bola sepak dan berasa sengatan di kakinya tetapi menyangka ia disebabkan baru lepas bersukan.

Bagaimanapun, ketika keluar dari air dia terkejut melihat kedua-dua kakinya berlumuran darah tetapi tidak melihat luka.

Doktor yang merawatnya di sebuah hospital juga pada mulanya tidak dapat memastikan apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya menyangka terpijak batu, tetapi tidak logik kerana keseluruhan tapak kaki saya sehingga buku lali berdarah.

“Doktor akhirnya mendapati puluhan lubang kecil pada kaki saya menyebabkan mereka mengagak saya digigit kutu air,” katanya.

Susulan itu, ayahnya Jarrod membuat siasatan sendiri dan berjaya menangkap ratusan kutu air yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Jarrod berkata: “Saya menangkap ratusan kutu yang diletakkan pada seketul daging yang hampir licin dimakan.”

Dia membawa daging dipenuhi serangga berkenaan ke hospital untuk ujian lanjut.

Sementara itu, pakar hidupan marin, Michael Brown berkata, kejadian itu kali pertama dilihatnya sepanjang kerjayanya.

“Saya mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang ini, tetapi tidak pernah melihat sesiapa mengalaminya,” katanya.

Sam dibenarkan pulang, semalam. – Agensi/myMetro Online

Tags: kuturemaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd