• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Alami Pendarahan Dalam Otak Dan Mata, Dipercayai Didera

oleh Ahmad Albab
04/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mengalami pendarahan pada otak dan mata dipercayai didera pengasuh pada Rabu lepas di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.

Putri Wafa Mohd Saifudin yang baru sahaja empat hari ditempatkan di pusat jagaan itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik pusat penjagaan selepas bayi tersebut mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Bapanya Saifudin Seman, 26, berkata menerima panggilan daripada pusat penjagaan tersebut kira-kira 2.45 petang (Rabu) yang menyatakan anak perempuannya itu mengalami sawan.

Anggota tentera dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani itu berkata anak tunggalnya itu yang dikatakan kritikal dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada 8 malam pada hari kejadian.

“Doktor pakar beritahu anak saya mengalami pendarahan pada otak dan mata dipercayai akibat digoncang dengan kuat atau terjatuh,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Saifudin berkata pakar perubatan mengesyorkannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu disebabkan terdapat unsur penderaan sehingga menyebabkan berlaku pendarahan yang serius pada otak dan mata.

Katanya sebelum ini dia dan isteri Wan Nur Syafiah Wan Zain, 25, pelik melihat perubahan anaknya itu yang tidak aktif seperti sebelum ini sejak hari pertama ditempatkan di pusat jagaan itu.

“Kami ingat dia (bayi) mengalami perubahan itu disebabkan baru sehari berenggang dengan ibu bapa dan ia berterusan pada hari kedua dan ketiga. Pada hari kejadian anak kami berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Dia yang tinggal di Bandar Perdana, Sungai Petani berkata pakar perubatan memaklumkan anaknya itu mengalami sawan setiap tiga minit sekali.

“Kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik pusat penjagaan itu,” katanya yang turut membuat laporan polis semalam.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak-kanak 2001. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd