• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru 6 Tahun Tapi Sudah Kahwin Lelaki 35 Tahun

oleh Ahmad Albab
05/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Baharu berusia enam tahun tetapi sudah berkahwin. Ia merupakan sesuatu yang mengejutkan apabila seorang budak perempuan yang masih muda dikahwinkan dengan seorang lelaki berusia 35 tahun, yang layak digelarnya sebagai bapa.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 23 Jun lalu dalam satu majlis perkahwinan secara rahsia yang diadakan di sebuah kuil tempatan di India.

Polis kini sedang menyiasat orang tengah yang mengatur perkahwinan tersebut selepas gambar kedua-dua pasangan pengantin itu tersebar di media sosial.

Manakala pengantin lelaki, Ratan Lal Jat, yang merupakan anggota jawatankuasa penduduk di kampung Gangrar, negeri Rajasthan telah ditahan.

Lat Jat dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan perkahwinan itu adalah bagi memenuhi adat kuno digelar Nata Pratha.

Adat itu membolehkan seorang lelaki menjalin hubungan sulit dengan wanita yang sudah berkahwin sekiranya lelaki itu membayar wang kepadanya untuk tinggal bersama-sama.

Amalan itu bagaimanapun hanya boleh dilakukan sekiranya lelaki dan wanita itu masing-masing berkahwin dengan orang lain.

Memandangkan Lat Jat adalah bujang, maka dia terpaksa berkahwin dengan budak tersebut untuk memenuhi syarat amalan kuno itu.

Meskipun keluarga budak perempuan itu mendapat wang bagi perkahwinan berkenaan, namun budak tersebut dibenarkan menetap bersama keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=zCcOdeo5AL8

Tags: Indiaperkahwinan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Lumpuh Hanya Hidup Di Permukaan Meja Besar

Next Post

ATM Perkemas Kawalan Sempadan, Elak Lintasan PATI Sempena Aidilfitri

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

ATM Perkemas Kawalan Sempadan, Elak Lintasan PATI Sempena Aidilfitri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd