• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Perkemas Kawalan Sempadan, Elak Lintasan PATI Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperkemas kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi mengelak sebarang aktiviti lintas sempadan secara tidak sah oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang berhari raya nanti.

Panglima 8 Briged Infantri Datuk Azmy Yahya berkata pihaknya menjangkakan ramai PATI akan menggunakan beberapa laluan tidak sah di sepanjang Sungai Golok untuk pulang ke negara jiran sempena sambutan Aidilfitri.

“Justeru, kita menasihatkan mereka untuk menggunakan laluah sah di beberapa pintu masuk di sempadan bagi mengelakkan mereka ditahan pihak berkuasa keselamatan negara ini, sekali gus mengelakkan mereka daripada gagal untuk pulang berhari raya bersama keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota ATM di Pos Tok Oh, Rantau Panjang di sini, Khamis malam.

Mengulas mengenai kawalan keselamatan sempadan oleh pihaknya, beliau berkata pelbagai barangan kawalan seperti minyak, tepung gandum dan beras bernilai lebih RM260,000 berjaya dirampas pihaknya sepanjang bulan lepas.

ATM, sebagai barisan hadapan pertahanan negara ditugaskan menjaga kedaulatan sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 129 kilometer bermula di jajahan Tumpat dan berakhir di jajahan Jeli di bawah Op Wawasan dan Op Merpati. – BERNAMA

Tags: ATMPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd