• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Lanba Hanya Ada Seorang Polis, Itu Pun Buta

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHINA – Sebuah bandar di China, Lanba bebas daripada kegiatan jenayah sejak 10 tahun lalu meskipun ia dipantau oleh seorang anggota polis yang buta.

Polis terbabit, Pan Yong, 43, mula hilang penglihatan sejak 2002 selepas mendapat katarak dan hari ini, dia hanya mampu mengesan cahaya sahaja.

Namun keadaan itu tidak menghalangnya untuk menjalankan tugas sebagai satu-satunya polis di balai polis Ci Cong.

Bandar tersebut tidak mencatatkan kes jenayah sejak sedekad lalu, begitu juga kes kemalangan, langsung tidak berlaku sepanjang pemantauan Pan.

buta

Kejayaan Pan itu dibantu oleh isterinya, Tao Hongying yang merupakan pengawal keselamatan di stesen keretapi di situ. Dia akan membantu suaminya sepanjang masa lelaki berkenaan melakukan rondaan.

“Saya hanya berpangkat rendah tetapi saya sukakan kerjaya ini. Isteri saya menggelar saya sebagai gila kerja.

“Saya dapat rasakan bahawa saya menyumbang kepada tugas saya apabila saya meronda, meskipun saya tidak perlu melakukannya,’’ katanya.

Pan mengakui dia hampir menyangka hidupnya berakhir apabila kehilangan penglihatan tetapi selepas dia mengahwini isterinya pada 2004, Pan dapat merasakan bahawa wanita itu memberikan harapan baru kepadanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=AYbD2wAVtog

Tags: Chinapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd