• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Tulis Surat Kepada TPM Selesai Isu Penstrukturan Air

oleh Ahmad Albab
05/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan beberapa isu berbangkit berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini dapat diselesaikan segera.

Mohamed Azmin berkata proses penstrukturan semula itu berada di peringkat terakhir dan beliau berharap ia dapat dimuktamadkan sebelum Aidilfitri ini.

“Semalam saya sempat bertemu dengan TPM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu Air Selangor untuk berbincang beberapa isu mengenai penstrukturan air ini dan saya gembira isu itu telah pun selesai.

“Hari ini saya juga telah menulis surat kepada TPM sebagai susulan untuk pastikan satu dua isu lagi dapat diselesaikan segera kerana harapan saya penstrukturan ini dapat dimuktamadkan sebelum raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai perkara itu.

Mohamed Azmin turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan kerajaan Persekutuan dalam menjayakan Perjanjian Utama penstrukturan semula industri air di Selangor.

“Terima kasih kepada PM dan TPM kerana memberi kerjasama baik untuk melihat usaha kerajaan negeri disegerakan serta menyokong usaha kerajaan negeri ke arah memuktamadkan perjanjian utama.

“Kerajaan negeri juga akan memberi kelulusan serta menyegerakan projek Langat 2 sekiranya kita mendapat permohonan daripada pihak berkaitan bagi menyelesaikan krisis bekalan air di Selangor dan Lembah Klang,” katanya.

Mengulas mengenai gangguan bekalan air di Hulu Langat dan Kuala Langat, Mohamed Azmin memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan melaksanakan catuan air kepada pengguna buat masa ini.

Jelasnya, bekalan air mentah di empangan negeri ini adalah mencukupi.

“Gangguan bekalan air di kawasan terbabit berlaku kerana kekurangan jumlah air terawat…bagaimanapun tiada catuan setakat ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd