• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Lumut Tahan 8 Pendatang Tanpa Izin

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan lapan pendatang tanpa izin (PATI) di perairan negara, kira-kira 32 batu nautika barat laut dari Pulau Pangkor, petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata dalam kejadian pukul 2.05 petang itu, bot ronda APMM KM Nyalau yang diketuai Leftenan Madya Khairul Faizal Mohd Asli bersama 11 anak kapal sedang melakukan operasi penguatkuasaan di kawasan berkenaan sebelum berjaya mengesan dua bot dalam keadaan mencurigakan.

“Kedua-dua bot itu berada dekat sesama mereka dan sedang memancing ikan menggunakan peralatan memancing biasa.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan setiap bot mempunyai masing-masing tiga awak-awak dan seorang tekong,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Zulinda berkata kesemua PATI yang ditahan berasal dari Pantai Labu, Indonesia dan berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 15(1)(a) kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata mengikut statistik setakat pertengahan tahun 2015, tangkapan berkenaan merupakan kes ke-11 di bawah kendalian Daerah Maritim 3 Lumut yang melibatkan nelayan warga Indonesia. – BERNAMA

Tags: APMMPati
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd