• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Perlu Tumpu Berkhidmat Kepada Rakyat – Shafie Apdal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa anggota parti untuk terus memberi khidmat kepada rakyat sekalipun negara sedang berhadapan dengan pelbagai isu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata selaku anggota UMNO, mereka sepatutnya memberi tumpuan untuk sentiasa turun padang bagi berkhidmat dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Ini merupakan sesuatu yang cukup penting untuk memastikan parti kita dan kerajaan sekarang akan menjadi pilihan untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata sekiranya banyak tenaga diberikan untuk isu yang pelbagai namun khidmat kepada masyarakat terbantut, ia akan menjejaskan sokongan kepada parti.

“Jadi pada bulan yang baik ini, saya berharap supaya ahli-ahli UMNO untuk mempertingkatkan amalan membantu dan membela rakyat serta dapat diteruskan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi.

“Tiada siapa mengatasi undang-undang … ini yang penting kepada kita dan perlu ada penelitian secara mendalam berhubung perkara ini,” kata Mohd Shafie. – BERNAMA

Tags: Shafie ApdalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd