• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Jangan Terpengaruh Konsep Jihad Kumpulan Militan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Anggota tentera dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan konsep jihad yang dilaungkan kumpulan militan IS di Iraq dan Syria menerusi media sosial dan sumber yang tidak boleh dipercayai.

Panglima Medan Barat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata kumpulan militan ini menjadikan kem-kem tentera sebagai sasaran kerana terdapat kemudahan senjata api di situ.

“Seperti yang kita tahu, kumpulan militan ini mengambil peluang menggunakan media sosial untuk mempengaruhi rakyat Malaysia menyertai kumpulan ini,” katanya ketika berucap pada majlis moreh di Kem Town Barrack di sini, malam tadi.

Terdahulu, beliau berbuka puasa bersama anggota serta pengawai tentera dan seterusnya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Turut hadir Panglima 2 Divisyen Mej Jen Datuk Fadzil Mokhtar dan Panglima Briged Ke-2 Infantri Malaysia Brig Jen Mohammad bin Ab Rahman.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Zulkiple menasihatkan anggota tentera yang bercuti supaya berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung masing-masing.

“Saya menyeru kepada semua anggota tentera yang pulang berhari raya di kampung agar tidak terlalu ghairah untuk beraya supaya tidak berlaku kemalangan dan rebutlah peluang ini untuk bersama keluarga tercinta,” katanya. – BERNAMA

Tags: MilitanTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd