• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Permatang Pasir Nafi Sertai GHB

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Wakil tunggal PAS dalam kerajaan Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man menafikan beliau akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), malah menegaskan masih setia bersama PAS.

Mohd Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir menyifatkan dakwaan bahawa beliau akan menyertai GHB sebagai tidak berasas.

“Saya masih bersama PAS dan akan terus bersama parti itu. Laporan yang mendakwa saya akan menyertai GHB dan meninggalkan PAS tidak benar.

“Sebagai ADUN dan wakil rakyat tunggal (PAS) dalam kerajaan negeri, saya perlu baik dengan semua pihak untuk memudahkan saya berkhidmat kepada rakyat di kawasan saya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Permatang Pauh, di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas, mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti, bulan lepas.

GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sekarang, selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan.

Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.

Mohd Salleh berkata hubungan baiknya dengan bekas pemimpin kanan PAS kelompok progresif itu sudah disalah ertikan oleh banyak pihak sehingga menimbulkan dakwaan berkenaan.

Katanya, beliau juga telah berjumpa dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Noor bagi membincangkan perkara itu termasuk isu dalaman parti.

“Beliau (Fauzi) faham dengan situasi yang berlaku. Semua pihak perlu faham bahawa saya menang atas tiket pakatan pembangkang pada 2008 dan 2013. Justeru, saya akan bekerja dengan berpegang kepada semangat kerjasama itu,” katanya.

Ditanya mengenai isu bai’ah dan ‘bercerai talak tiga’ dalam kalangan anggota PAS yang ingin meninggalkan parti itu, Mohd Salleh berkata tiada lafaz seumpama itu dibuat oleh anggota PAS di Pulau Pinang. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd