Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Boleh Mengawal...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah sedaya upaya berusaha untuk menurunkan kos sara hidup...

Hanya Tahu Ismail Keluar...

KANGAR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau...

Dakwaan Empangan Kenyir Bakal...

PETALING JAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan isu tular mengenai Empangan...

Wujud Konspirasi Ubah Naratif...

KUALA LUMPUR – Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang menerusi afidavit mengatakan kematian...

37 Kes Demam Kepialu Dilapor Berlaku Di Kelantan

KOTA BHARU – Sebanyak 37 kes demam kepialu atau tifoid dilapor berlaku di Kelantan enam bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.

Beliau berkata berdasarkan statistik sehingga Sabtu lepas, Kota Baharu mencatatkan bilangan tertinggi kes demam kepialu dengan 12 kes, Tumpat (lapan), Pasir Mas (lapan), Tanah Merah (empat), Pasir Puteh (dua), Gua Musang (dua) dan Machang satu kes.

“Tiga daerah lagi iaitu Jeli, Kuala Krai dan Bachok dilaporkan tidak berlaku kes demam kepialu, setakat ini tiada kematian direkodkan akibat wabak ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata antara simptom penyakit itu ialah demam berpanjangan, cirit-birit, sakit perut serta sakit kepala dan ia boleh menyebabkan kematian.

“Penyakit ini merebak melalui makanan dan air yang dicemari dengan najis manusia yang mengandungi bakteria Satmonella typhi sama ada daripada pesakit atau pembawa sihat,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan Dearah Tumpat kini membuka bilik gerakan khusus untuk memantau kejadian serta aktiviti pencegahan wabak ini.


“Tindakan pencegahan dan pemantauan dilakukan di setiap daerah khususnya di bazar ramadan, kami juga memastikan semua pengendali makanan mempunyai suntikan pelalian antitifoid,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini seramai 580 orang pengendali makanan di bazar ramadan telah diberikan pelalian antitifoid.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli makanan iaitu memastikan makanan yang ingin dimakan bersih.

“Pengendali makanan juga perlu memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat, penyediaan makanan perlu mengikut tatacara pengendalian makanan yang selamat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • demam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori