• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

37 Kes Demam Kepialu Dilapor Berlaku Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebanyak 37 kes demam kepialu atau tifoid dilapor berlaku di Kelantan enam bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.

Beliau berkata berdasarkan statistik sehingga Sabtu lepas, Kota Baharu mencatatkan bilangan tertinggi kes demam kepialu dengan 12 kes, Tumpat (lapan), Pasir Mas (lapan), Tanah Merah (empat), Pasir Puteh (dua), Gua Musang (dua) dan Machang satu kes.

“Tiga daerah lagi iaitu Jeli, Kuala Krai dan Bachok dilaporkan tidak berlaku kes demam kepialu, setakat ini tiada kematian direkodkan akibat wabak ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata antara simptom penyakit itu ialah demam berpanjangan, cirit-birit, sakit perut serta sakit kepala dan ia boleh menyebabkan kematian.

“Penyakit ini merebak melalui makanan dan air yang dicemari dengan najis manusia yang mengandungi bakteria Satmonella typhi sama ada daripada pesakit atau pembawa sihat,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan Dearah Tumpat kini membuka bilik gerakan khusus untuk memantau kejadian serta aktiviti pencegahan wabak ini.

“Tindakan pencegahan dan pemantauan dilakukan di setiap daerah khususnya di bazar ramadan, kami juga memastikan semua pengendali makanan mempunyai suntikan pelalian antitifoid,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini seramai 580 orang pengendali makanan di bazar ramadan telah diberikan pelalian antitifoid.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli makanan iaitu memastikan makanan yang ingin dimakan bersih.

“Pengendali makanan juga perlu memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat, penyediaan makanan perlu mengikut tatacara pengendalian makanan yang selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Mahathir ‘Demam’ Tengok Saya Angkat Sumpah PM 20 November Ini – Anwar

Dr Mahathir ‘Demam’ Tengok Saya Angkat Sumpah PM 20 November Ini – Anwar

07/11/2022
0

BUTTERWORTH : Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis, bergurau bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah orang pertama yang akan 'demam',...

‘Bella Demam, Prosiding Pengecaman Bainun ditangguh’

31/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Remaja orang kurang upaya (OKU) Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di bawah jagaan pengasas Rumah Bonda,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd