• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Wanita Terbunuh, 2 Parah Letupan Bom Di Selatan Thailand

oleh Ahmad Albab
11/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR (Thailand) – Tiga wanita terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat karaoke di pekan Siam di sini malam tadi.

Mereka yang cedera sedang dirawat di Hospital Hatyai.

Menurut Ketua Polis Padang Besar Choketawee Janthongon, dua mangsa terbunuh di tempat kejadian termasuk pemilik karaoke itu yang berumur 43 tahun manakala seorang meninggal dunia di hospital Hatyai pagi ini.

Beliau yang ditemui wartawan Malaysia di pekan Siam Padang Besar hari ini hanya mengesahkan mangsa yang lain berumur 28 hingga 40 tahun dan kesemuanya adalah rakyat Thailand.

Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan). Letupan itu merosakkan enam buah kereta, lima motosikal dan tujuh rumah kedai dua tingkat berdekatan karaoke tersebut.

Sumber memberitahu bom dipasang pada motosikal dan diletupkan dipercayai menggunakan telefon bimbit tidak sampai 10 minit selepas diletakkan di hadapan karaoke itu.

Letupan itu berlaku tidak lama selepas beberapa siri letupan di Golok malam tadi.

Semasa sekumpulan wartawan dan jurugambar Malaysia tiba, pasukan polis forensik Thailand sedang mengumpul bahan-bahan bukti di tempat kejadian.

Seorang pemilik rumah kedai dua tingkat yang berhadapan karaoke itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tuan Jo, 48, berkata beliau baru melangkah keluar tidak sampai 100 meter dari premisnya apabila letupan itu berlaku.

“Saya berlari balik dan melihat beberapa wanita bergelimpangan dalam karaoke itu yang beroperasi tidak sampai tujuh bulan. Rumah kedai saya turut terkena serpihan bom akibat letupan itu,” katanya.

Jiran beliau berselang dua pintu yang mengadap karaoke itu, Kanika Ruang Song, 65, berkata beliau terdengar letupan kuat semasa berada di satu lagi kedai miliknya di bahagian belakang.

“Saya takut untuk datang melihat…. letupan kuat itu mesti bom. Pagi ini saya lihat cermin belakang kereta Honda CRV anak saya pecah manakala serpihan bom mengenai bahagian hadapan rumah kedai,” katanya dalam bahasa Melayu.

Penduduk tempatan Haji Hassan, 62, berkata dia sedang menunaikan solat tarawih di masjid pekan Siam kira-kira 800 meter dari tempat kejadian apabila terdengar satu bunyi letupan kuat kira-kira pukul 8.30 malam. – BERNAMA

https://youtu.be/o_-EoSxbDK0

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd