KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan untuk bertenang dan memberi ruang secukupnya kepada Ketua Audit Negara serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Developtment Berhad (1MDB).
Peringatan itu dibuat melalui satu kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri, petang ini.
Jelas kenyataan itu, pelbagai langkah sudah diatur untuk menangani tuduhan dan kebimbangan mengenai isu 1MDB.
Antaranya adalah arahan Kabinet untuk siasatan penuh dijalankan, penubuhan pasukan Petugas Khas serta ‘fact sheet’ yang telah diedar kepada semua Menteri.
Kenyataan tersebut juga menegur sikap Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih bercakap mengenai ‘kehilangan’ RM42 bilion wang 1MDB sedangkan penjelasan mengenai jumlah itu telah pun dibuat.
Andai Pilihan Raya Esok, Pakatan Pastinya Tak Akan Menang
Dalam kenyataan rasmi itu, pihak-pihak yang berterusan menghentam Najib diseru agar bersabar dengan prosedur siasatan yang dijalankan.
“Semua pihak, lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiidn Yassin, hendaklah menunggu hasil siasatan tersebut,” katanya.
Bukan itu sahaja, mereka turut dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara, kerajaan dan UMNO.
“Inshaallah jika kita tenang dan terus bersatu padu kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.
“Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri.”
‘Bersatu teguh, bercerai roboh’. Itu merupakan mesej mendalam yang disampaikan PMO dalam surat satu muka surat itu kerana tindakan tersebut mampu menjadi senjata ampuh bagi mengekalkan tampuk pemerintahan negara. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Rakyat Harus Bertenang – Najib Razak
https://www.youtube.com/watch?v=_KBnqqDwzs0


