• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Dow Jones Masih Gagal Beri Pengesahan

oleh Ahmad Albab
23/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerbit The Wall Street Journal (WSJ), Dow Jones hari ini masih gagal untuk memberi pengesahan berhubung pendiriannya dalam artikel yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak menyelewengkan wang hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika dihubungi pemberita, peguam Wan Azmir Wan Majid daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili perdana menteri, berkata tempoh 14 hari yang diberi kepada Dow Jones untuk menjawab surat pengesahan berhubung pendiriannya itu berakhir hari ini.

Beliau juga berkata surat pengesahan yang dihantar pada 8 Julai lepas kepada penerbit WSJ itu masih belum dijawab sehingga kini.

Ketika ditanya tindakan yang akan diambil sekiranya Dow Jones enggan memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu, Wan Azmir berkata perdana menteri mempunyai beberapa pilihan undang-undang yang akan diputuskan kemudian.

“Ia adalah kerana keengganan Dow Jones memberi sebarang jawapan atau penjelasan berhubung dakwaannya yang secara berhati-hati diperiksa berhubung aspek undang-undang dan faktanya yang disiarkan baru-baru ini,” kata peguam itu.

Pada 8 Julai lepas, perdana menteri melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak telah menghantar surat kepada Dow Jones meminta pengesahan tentang pendiriannya berkaitan dakwaan dalam artikel-artikel yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai.

Artikel-artikel itu didakwa dikeluarkan, diterbit dan disebarkan melalui laman portal WSJ iaitu www.wsj.com. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018  – Sheikh Umar

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018 – Sheikh Umar

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempertahankan Pakatan Harapan (PH) membangkitkan semula isu Najib dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd