TEKNOLOGI lampu pintar bukanlah merupakan perkara baru kerana syarikat gergasi seprti LG dan Samsung telah mengeluarkan model mereka pada tahun lalu.
Pendatang baru seperti Xioami nampaknya telah mula berjinak-jinak menceburi bidang yang semakin lama semakin mendapat tempat di arena teknologi pada masa kini.
Xiaomi Yeelight ialah lampu tidur pintar LED yang boleh dikawal menggunakan aplikasi peranti pintar.
Ia mampu memaparkan 16 juta warna mengikut kehendak pengguna.
Keterangan cahaya lampu dan pilihan warna turut boleh dilakukan dengan menekan plat sesentuh pada bahagian atas Yeelight.
Lampu pintar ini akan dijual pada harga RMB 248 ataupun sekitar RM 150 sebuah.
Sebuah lagi peranti pintar menarik yang dijual pada harga mampu milik oleh Xiaomi.
Tidak diketahui bilakah Yeelight akan mula dijual untuk pasaran Malaysia.
Bagi kami, lampu ini sudah semestinya diwajibkan buat anda yang ingin menampakkan suasana mood yang sering berubah-ubah.
-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Xiaomi