Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Bersenjata Tembak Mati...

JAYAPURA : Anggota kumpulan pemisah menembak mati lapan juruteknik yang membaiki menara telekomunikasi...

Nafi Tuduhan Anjing Ditembak...

MIRI - Majlis Bandaraya Miri (MBM) menafikan dakwaan bahawa majlis itu telah menembak...

Wang Kertas New Zaeland...

WANG kertas NZ$5 (RM13.52) dinobat sebagai pemenang anugerah Bank Note of the Year 2015, pada Selasa.Pemilihan...

Pribumi Bersatu Malaysia Parti...

MENURUT sumber Free Malaysia Today, parti baharu yang bakal dinaungi bekas perdana menteri,...

Warga Emas Maut Selepas Ditetak Di Sekinchan

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas menjadi korban salah faham antara anaknya dengan pemilik pusat hiburan apabila beliau maut selepas ditetak dua lelaki di hadapan rumahnya di Sekinchan pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu mangsa, Ng Kee Len, 61, yang cedera di dahi dan belakang badan akibat ditetak, meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang selepas kira-kira 15 minit menjalani rawatan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa berkata motif kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada salah faham antara seorang daripada anak mangsa dengan pemilik sebuah pusat hiburan di pekan berkenaan.

Difahamkan, susulan itu, dua lelaki kemudiannya ke rumah mangsa di Site C Sekinchan dan memecahkan cermin dua buah kereta yang diletakkan luar rumah mangsa.

Terkejut dengan bunyi bising, mangsa yang sedang tidur bergegas ke luar rumah dan akibatnya beliau ditetak dengan parang.


Mangsa yang cedera parah sempat memanggil anaknya yang kemudiannya membawa beliau ke hospital.

“Polis telah menahan dua suspek berusia 30 dan 31 tahun berhubung kejadian berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tetak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori