Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Kehilangan Seorang Anak Amat...

SESUNGGUHNYA tidak ada sesiapa pun yang sanggup menghadapi kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. BACA: "Warkah...

Kes Curi Uniform Polis...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Nelayan Langkawi Nikmati Bantuan...

LANGKAWI - Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3,043,600 sebagai elaun sara hidup 839 nelayan aktif...

Orang Buta Jual Tisu...

KUALA LUMPUR - Menjadi tukang urut, menyanyi di kaki lima, menganyam bakul atau...

Suami Ugut Nak Tetak, Bunuh Isteri Kerana Kacau Tidur Kena Denda

Batu Pahat : Penyelia kilang didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut mahu menetak dan membunuh isterinya, Rabu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Mohamad Hairul Azizi Othman, 30, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa cuba menakutkan secara jenayah terhadap isterinya dengan kata-kata ‘aku nak tetak, aku nak bunuh kau’ di rumah di Parit Sumarto, Parit Raja, di sini, 11.30 malam, 5 Jun lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dengan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian tercetus ketika pengadu yang juga isteri mangsa berusia 30 tahun berada di rumah bersama tertuduh dan anak-anak.

Tertuduh dan isteri berselisih sebelum mengeluarkan kata-kata terbabit kerana berang wanita mengganggu dia tidur serta melarangnya keluar rumah.


Tindakan itu menimbulkan kemarahan terhadap tertuduh menyebabkan dia hilang sabar lalu mengugut isterinya.

Disebabkan ugutan itu, mangsa gementar lalu membuat laporan di Balai Polis Parit Raja. Bertindak atas laporan dibuat, polis menahan tertuduh keesokan hari bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Zulyatie Awang.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kata-kata ugutan yang boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsa.

Selepas mengambil kira hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda dan juga mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayarnya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori