• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Jatuh Dari Tingkat 11 Flat

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas maut dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah blok di Flat Awam Larkin, di sini, pagi kelmarin.

Lelaki yang dikenali sebagai Tan Ching Oo @ Tan Kian, 76, ditemui berdekatan tempat pembuangan sampah blok itu dengan keadaan kepala pecah.

Seorang peniaga Hassan Abas, 54, berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat kira-kira jam 9 pagi, sebelum anaknya menjerit menyatakan seseorang terjatuh dari tingkat atas.

Menurutnya, dia yang bergegas ke lokasi kejadian terkejut mendapati pelanggannya sudah cedera parah terutama di bahagian kepala.

“Saya nampak seorang lelaki yang juga pelanggan saya sudah jatuh di kaki lima dengan keadaan kepalanya pecah.

“Melihat keadaannya yang agak teruk, saya percaya ketika jatuh, badannya terlanggar atau tersangkut beberapa barang seperti antena televisyen dan penyangkut baju sebelum terhantuk zink dan tembok batu,” katanya.

Hassan berkata, mangsa selalu berkunjung ke kedainya, namun tidak pernah mengetahui masalah dialami warga emas itu.

Menurutnya, mangsa ada memberitahu isterinya mahu keluar ke pasar, namun tidak lama kemudian ditemui jatuh dipercayai dari tingkat sebelas.

“Insiden ini amat mengerikan terutamanya buat beberapa pelanggan saya dan kedai makan sebelah kerana ia berlaku di depan mata kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian terbabit. – Sinar Harian Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=aw_INmA0s2g

Tags: jatuh bangunanwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masih Tiada Persiapan.. Zizan Razak Tangguh Kahwin?

Next Post

PM Galakkan Lebih Banyak Institusi Kewangan Tawar Pembiayaan Mikro

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

22/05/2025
0

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di...

Next Post

PM Galakkan Lebih Banyak Institusi Kewangan Tawar Pembiayaan Mikro

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd