• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang warga emas berumur 65 tahun maut dihempap pokok di Kampung Batu 9, Jalan Jeniang, Gurun pagi tadi.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Mohd Zaidi Yusof ketika dihubungi berkata, mangsa Che Darus Hashim yang cedera parah di kepala disahkan mati di tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian 9.40 pagi itu, difahamkan kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang membersihkan kawasan kebun projek penternakan madu kelulut bersama seorang lagi rakannya.

Beliau berkata, ketika kejadian rakannya dikatakan sedang menebang batang pokok terap, manakala Che Darus sedang cuba mengalihkan motosikal yang diletakkan di kawasan itu bagi mengelak dihempap pokok terbabit.

Namun menurut beliau, pokok berkenaan tiba-tiba tumbang lalu menghempap mangsa yang tidak sempat melarikan diri.

Pihaknya menerima panggilan 9.50 pagi sebelum tiba 20 minit kemudian dengan lapan anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Mangsa cedera parah di kepala dan anggota badan dan disahkan mati di tempat kejadian,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd