Texas – Malang menimpa seorang warga emas, James Rogers, 72, apabila dia dan anjing peliharaannya meninggal dunia selepas terperangkap di dalam sebuah kenderaan.
Rogers, dan anjingnya Leia terperangkap dalam kereta Corvette selepas bateri keretanya gagal berfungsi menyebabkan dia tidak dapat membuka pintu dan kereta elektrik berkenaan.
Dia juga tidak dapat membunyikan hon. Dengan cuaca yang panas yang melanda Texas, Rogers menemui ajal dalam kenderaannya.
Meskipun Corvette boleh dibuka menerusi manual namun Rogers tidak menyedari mengenainya.
Pada masa juga, Rogers tertinggal telefon bimbitnya di sebuah restoran menyebabkan dia tidak boleh menghubungi sesiapa.
Mayatnya hanya ditemui empat jam selepas kejadian ketika suhu mencecah 32.2 darjah celsius.
Kalau dah ajal….
https://www.youtube.com/watch?v=uWqyPIcDcfA

