• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Didakwa Gubah Wang Haram RM150,150

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 21 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM150,150, tahun lepas.

L.Christina, 31, yang tidak bekerja, didakwa memperoleh wang berkenaan secara tunai melalui pengeluaran ATM dan cek tunai daripada akaun perniagaan milik syarikatnya di tiga lokasi berbeza iaitu di Bandar Puteri Puchong, Bandar Mahkota Cheras dan Sentul Raya di sini antara 5 Mac hingga 18 Mac, 2014.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Zanol Rashid Hussain membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 10 Julai ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

 

Tags: pecah amanahWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd