• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ultra Kiasu Guna Strategi Hitler Jatuhkan UMNO, PAS – Ridhuan Tee

oleh Ahmad Albab
02/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Penceramah sensasi, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah sekali lagi membuat kenyataan panas apabila mendakwa golongan ultra kiasu meniru taktik yang digunakan Tsun Tzu dan Hitler bagi menjatuhkan kepimpinan UMNO dan PAS .

Menerusi ruang Buka Minda dalam akhbar Sinar Harian, beliau berkata, strategi perang saraf atau psywar dan strategi gerak saraf atau psyop digunakan untuk memburukkan kerajaan pusat dan menjatuhkan PAS, terutama Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden.

“Dahulu ultra kiasu marah saya apabila memetik kata-kata Hitler, hari ini mereka menggunakan strategi Hitler.”

BERKAITAN: Kenapa PKR Takut Saya, Jantanlah Sikit – Dr Ridhuan Tee

Menurut ahli akademik Universiti Pertahanan itu lagi, golongan tersebut akan menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan pihak lawannya dan akan memberi alasan andai sesuatu perkara merugikan mereka berlaku.

“Mereka akan gunakan apa jua cara, supaya kerajaan nampak buruk. Nak tunjuk ikhlas konon. Bila ada isu yang merugikan mereka cepat-cepat beri alasan.

“Misalnya, cadangan penempatan pelarian Rohingya di Pulau Pinang. Mendengar sahaja cadangan tersebut, dengan pantas mereka menolak, di pulau tidak sesuai tetapi di Tanah Besar.

“Isu-isu lain yang melibatkan kepentingan mereka akan disenyapkan seperti isu arak, judi, kelab hiburan, zina, pelacuran dan lain-lain.”

Hadi_PAS_60TH_200914_TMINAZIRSUFARI_31

Selain itu, beliau turut merujuk situasi yang berlaku dalam Pakatan Rakyat apabila golongan tersebut menggunakan Islam yang diperjuangkan PAS sebagai senjata ampuh untuk menumbangkan Abdul Hadi.

“Katanya, agama Islam pentingkan sifat ramah, bukan marah. Apakah kita tidak boleh marahkan langsung?

“Apakah benar hudud tidak sesuai dalam masyarakat berbilang kaum? Kenapa tidak melawat ke Brunei yang mempunyai hampir 30 peratus bukan Islam?”

Sementara itu, Ridhuan turut sinikal apabila berkata, andai Hudud Kelantan bertentangan dengan Perlembagaan, ia patut diputuskan oleh mahkamah dan bukanlah golongan ultra kiasu kerana mereka bukan hakim.

Agak-agak, golongan manakah yang dirujuk Ridhuan Tee sebagai ultra kiasu atau dalam erti kata lain, pihak yang takut kepada kekalahan? Fikir-fikirkanlah…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Ridhuan Tee Bidas DAP

https://www.youtube.com/watch?v=DS9wSQ1m5nY

Tags: DAPpakatan rakyatPASRidhuan Tee AbdullahUltra KiasuUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd