• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Bebas Tuduhan Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang tukang masak hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine di sebuah hotel di Bandar Sri Petaling, dua tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Kong Chee Fatt, 28, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Kamardin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen jagaan dan kawalan serta pengetahuan tertuduh terhadap dadah tersebut.

“Pihak pendakwaan juga gagal memanggil saksi-saksi penting di tempat kejadian yang bertindak sebagai pemberi maklumat.

“Sehubungan itu, adalah tidak selamat untuk tertuduh dipanggil membela diri. Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan kamu daripada pertuduhan ini tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.

Kong menghadapi tuduhan mengedar dadah itu, seberat 1,479.2 gram di kawasan letak kereta basement 2, Hotel Sri Petaling, Jalan Radin Anum, Bandar Sri Petaling di sini pada 7 malam, 11 Nov 2013.

Bagi kesalahan itu, Kong yang diwakili peguam Chen Woon Yong didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail yang memanggil tujuh saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan. – BERNAMA

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=nnNXWsjyz64

Tags: kes dadahkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd