• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Gunting Gaduh Sampai Mati

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Seorang tukang gunting rambut ditemui mati terbaring di lantai kedainya selepas dipercayai bergelut dan dipukul penyerangnya.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam kelmarin, mangsa yang dikenali sebagai Sarjeet Singh yang juga warga India ditemui mati di premis di Jalan Bukit Bintang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek yang juga warga Pakistan ditahan sejurus kejadian bunuh itu dilaporkan kepada polis.

Menurutnya, mangsa ditemui maut selepas bertengkar dengan suspek yang juga kakitangan sebuah hotel berhampiran.

“Polis menerima laporan suspek melarikan diri ke hotel berhampiran sejurus selepas kejadian.

“Anggota kami terus menangkap suspek yang berada di tangga hotel itu. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan suspek sebelum kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu seorang pelanggan kedai itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad, 35, berkata, dia kerap ke premis itu untuk menggunting rambut.

Menurutnya, mangsa tukang gunting yang peramah dan gemar bergurau.

“Saya mengenali mangsa sejak dua tahun lalu dan menggunting rambut di kedainya setiap bulan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ada orang memberitahu melihat mangsa bergaduh dengan seorang lelaki di dalam kedai itu hingga menyebabkan cermin premis pecah,” katanya. – myMetro Online

 

 

Tags: kes gaduhmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd