• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Strategi Penting Tetapi Akidah Lebih Penting – Ulama PAS

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kekuatan dan strategi yang baik memang diperlukan tetapi kekuatan akidah adalah elemen yang paling penting dan perlu dipertahankan oleh sebuah gerakan Islam, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim.

Justeru, kata beliau, konsep Tahaluf Siyasi dengan bukan Islam oleh PAS bukan perkara yang boleh dilaksanakan berdasarkan hukum dengan begitu mudah apabila melibatkan aspek wala dan aqidah serta dasar Islam.

“Oleh kerana itu PAS khasnya Majlis Syura Ulama yang memberi idea Tahaluf Siyasi ini dan mengharuskannya dengan enam syarat yang mesti dipegang oleh semua ahli PAS,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhammad Najhan berkata, enam perkara itu adalah Tahaluf Siyasi mesti dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.

Katanya, Tahaluf Siyasi juga mesti memastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan dan intima diberi kepada kepimpinan PAS, bukan kepada pakatan Tahaluf.

Jelasnya, Tahaluf Siyasi hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah dan matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.

“Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan Tahaluf Siyasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syariyah dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli PAS disemua peringkat memfaqehkan diri dengan ilmu Islam supaya berada di jalan Islam yang sebenar. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=wKCPBrPqeRQ

Tags: islamPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd