KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 13 Tahun (B-13) negara melangkah ke final Ibercup di Sepanyol selepas menundukkan pasukan Sevilla FC di Costa del Sol, awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Lim Teong Kim itu menang menerusi sepakan penentuan, 7-6, selepas kedua-dua pasukan terikat, 0-0, dalam tempoh masa sebenar perlawanan.
Mereka akan bertemu pasukan Sporting Lisbon B-13 pada final hari ini, yang dijadualkan bermula jam 12.30 tengahari (waktu Sepanyol) atau 6.30 petang waktu Malaysia
Sebelum mara ke final, pasukan B-13 negara menewaskan Atletico Madrid, 1-0, SL Olivais (2-0) dan CF ‘Os Belenenses’ G (1-0) pada peringkat Kumpulan D dan FC Barreirense (5-0) di suku akhir. – BH Online

