Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Konsep Hantar Utusan Khas...

KUALA LUMPUR – Konsep menghantar utusan khas ke luar negara bukan sesuatu yang...

Dadah: NGO Perlu Utamakan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan-badan bukan kerajaan...

Anak Kambing Berwajah Lelaki...

RUSIA - Seekor anak kambing yang mempunyai wajah seperti lelaki tua dengan hidung...

Projek ECRL Mungkin Dihentikan...

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai...

Siri TV ‘The Paranormal Zone’ Musim Ke-3 Lebih Mendebarkan

SIRI program televisyen (TV) yang merungkai aktiviti paranormal di Malaysia dan di Asia Tenggara, The Paranormal Zone musim ke-3 bakal menghantui penonton bermula 15 Jun 2015.

Program ini bakal disiarkan secara ekslusif di saluran berdefinisi tinggi SyFy atau saluran 611 HyppTV serta di semua aplikasi HyppTV Everywhere di telefon bimbit.

Tayangan perdana episod pertama dan kedua hari ini berjaya membuktikan siri terbaru program tersebut sememangnya lebih menarik dan unik berbanding musim yang lepas.

Siri The Paranormal Zone pada musim ke-3 turut membawa kelainan dengan memfokuskan kisah misteri yang ada di Indonesia serta Singapura.

Selain itu, hos rancangan tersebut, Li Kim yang terkenal dengan sifat berani serta karakter yang dinamik masih lagi dikekalkan untuk terus membongkar misteri aktiviti paranormal ini.

Li Kim menyatakan dia mendapat keberanian untuk mengelolakan rancangan penuh misteri ini kerana keteguhan iman yang dimiliki serta kepercayaannya yang penuh terhadap ‘guru’ beliau di situ.

WM1

WM2


Dia juga menyatakan ada mempraktikkan ritual sebelum dan selepas untuk melindungi dirinya ketika membuat penggambaran di lokasi yang dianggap ‘keras.’

“Saya ada mengamalkan ritual sebelum dan selepas yang diajar kepada saya untuk melindungi diri, saya juga membaca mantera yang diajar supaya tidak diganggu selepas penggambaran.

“Saya juga meletakkan kepercayaan yang penuh terhadap ‘guru’ saya yang membuatkan saya rasa dilindungi dan berani,” katanya ketika ditemuramah di Indulge Hall, TGV One Utama.

Jadi kepada penggemar rancangan TV genre seram dan mistik, jangan lupa saksikan program ini yang akan mula disiarkan pada Jun nanti di HyppTV saluran 611 pada pukul 10.50 malam.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Pitt

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori