• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tonton Televisyen Tingkatkan Risiko Kanser Usus

oleh
07/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOSTON – Perbuatan duduk dan menonton televisyen dalam tempoh lama iaitu sekurang-kurangnya sejam sehari boleh meningkatkan peratusan untuk seseorang individu menghidap kanser usus, menurut satu kajian.

Kajian itu mendakwa perbuatan itu boleh meningkatkan risiko kanser usus sehingga 12 peratus bagi tempoh sejam dan meningkat kepada 70 peratus jika duduk menonton televisyen selama dua jam ke atas, menurut laporan jurnal JNCI Cancer Spectrum.

Penemuan itu diketengahkan satu pasukan yang diketuai oleh Dr. Long Nguyen di Hospital Besar Massachusetts dan Sekolah Perubatan Harvard yang membuat analisis masa tontonan televisyen dan tingkah laku tidak aktif ke atas 89,278 responden wanita di Amerika Syarikat.

Menurut laporan, semua responden itu adalah jururawat yang berumur antara 25 dan 42 tahun. Kajian dilakukan pada awal tahun 1991. Ia adalah kali pertama tingkah laku tidak aktif dikenal pasti sebagai penyumbang kepada peningkatan mendadak kes kanser dalam kalangan penghidap berumur bawah 50 tahun.

Pada tahun 2018, terdapat sekurang-kurangnya 1.8 juta kes baharu kanser kolorektal (usus besar) dilaporkan di seluruh dunia. Seramai 881,000 penghidap mati akibat kanser itu pada tahun sama. – Agensi

Tags: televisyen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malas Bergerak Punca 70,000 Orang Mati Setahun

06/04/2019
0

LONDON - Satu kajian mendakwa kira-kira 70,000 kematian direkodkan di Britain pada setiap tahun berpunca daripada sikap malas bergerak termasuk...

“Hari Tu Campak Kerusi, Sekarang TV Pulak?”

04/04/2018
0

SIKAP tidak bertanggungjawab seorang individu yang baling televisyen dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Taman Seri Intan, Ampang, Selangor telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd