• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selagi Tak Pulangkan Duit, Awie Tak Akan Lepaskan Rozana

oleh Ahmad Albab
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA tahu akan krisis rumah tangga yang menimpa vokalis kumpulan Wings, Awie dan isterinya Rozana Misbun.

Ia bermula setelah Awie didakwa memukul isterinya itu akibat perselisihan faham sehingga kes tersebut di bawa ke siasatan polis dan prosiding mahkamah.

Satu persatu tuduhan dibuat Awie dan Rozana terhadap satu sama lain, baik ketika perbicaraan mahupun melalui saluran media.

Awie Gagal Tuntut RM1 Juta Dari Rozana Misbun

Disogok dengan soalan tentang keengganannya menceraikan Rozana sehingga kini, Awie memiliki sebab kenapa dia berbuat demikian.

Memetik kenyataannya dalam portal Murai, Awie berkata, dia tidak akan melepaskan Rozana selagi wanita itu tidak memulangkan wang dan harta yang ‘dicuri’ daripada anak-anaknya.

Awie dan Rozana Misbun hadir di Mahkamah Majistret untuk perbicaraan kes dakwaan dicederakan suaminya hari ini. - Foto BERNAMA

“Saya boleh lepaskan dia, mudah sahaja. Dia harus pulangkan dulu harta dan duit milik anak-anak saya. Jangan bawa lari duit tersebut.

“Dia berjanji mahu pulangkan duit tersebut. Saya enggan lepaskan dia selagi dia tidak berbuat perkara yang saya minta itu.”

Sementara itu, Awie turut bercerita tentang penemuan barang khurafat milik Rozana di dalam bantal tidurnya, baru-baru ini.

BACA: Awie Temui Barang Khurafat, Dakwa Rozana Amal Ilmu Karut

Ujarnya, “Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu.

“Saya memang tidak akan memaafkan dia kerana menggunakan perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang lain.”

Oleh itu, Awie bercadang untuk berpindah dari rumahnya yang terletak di Ukay Bestari, Ampang dan sedang dalam proses berbuat demikian.

Sebelum ini, tonggak utama filem Sembilu itu turut mendedahkan pelbagai barang karut dan tahyul telah dijumpainya di serata rumah termasuk darah, rambut, tulang, patung kemaluan lelaki yang diperbuat daripada emas serta patung logam Buddha.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Isteri Dakwa Patah Tulang Rusuk Dibelasah Awie

https://www.youtube.com/watch?v=RQoXeBMYpkk

Tags: Awiecederaisterikes mahkamahkes pukulrozana misbun
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd