• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Lakukan Pemeriksaan Jika Alami Gejala Denggi – Najib

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai sekali lagi mengenai ancaman denggi dengan menasihatkan mereka yang mengalami gejala demam denggi supaya segera melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.

Melalui catatan terbaharu dalam laman Twitter dan Facebooknya, perdana menteri berkata menurut laporan Kementerian Kesihatan, bilangan kes denggi kini semakin meningkat.

“Sekiranya anda atau kenalan mengalami gejala denggi, segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan,” katanya.

Ini kali ketiga tahun ini, beliau memuatkan peringatan ini dalam Twitternya , yang pertama pada 17 Feb dan kedua pada 5 Mac.

Beliau turut memuatkan satu imej yang memaparkan antara tanda-tanda dan gejala demam denggi seperti sakit kepala, demam panas, sakit di belakang mata, pendarahan ringan (di gusi, hidung atau bawah kulit), sakit badan, ruam kulit, cirit-birit dan muntah-muntah, sebagai panduan.

Dalam tempoh setengah jam beliau memuat naik imej itu dalam Facebook, beliau memperoleh lebih 150 perkongsian (share) dengan 1,120 ‘likes’, manakala lebih 160 ‘retweets’ dibuat dalam Twitter.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata dalam laporan akhbar pada 12 Jun, bahawa bagi tempoh Januari hingga 6 Jun lepas, sebanyak 144 kematian akibat denggi direkodkan berbanding 72 kes untuk tempoh sama pada 2014. – BERNAMA

 

Tags: demam denggiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd