• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Punyai Semangat Kepahlawanan Tinggi, Tegas Najib

oleh AK-47
06/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING - Mengakui bahawa beliau mempunyai semangat kepahlawanan yang tegar, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum sempat menegaskan kepada lebih 10,000 orang hadirin dengan kata-kata ‘pedas’: “Jangan rendahkan saya.”

“Saya akan bekerja lebih kuat. Darah yang mengalir di dalam tubuh saya adalah bukan sembarangan darah; adakalanya saya mungkin kelihatan sangat diplomatik, tetapi sebenarnya saya mempunyai semangat kepahlawanan yang tinggi,” katanya dalam perhimpunan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat- Sarawak Untuk Najib yang diadakan di Stadium Perpaduan, di sini.

“Bagi isu 1MDB, kami akan selesaikannya secepat mungkin, begitu juga dengan permasalahan yang lain. Saya ada bersama kamu, Sarawak; marilah kita bersama-sama selesaikan apa sahaja masalah yang dialami.”

Selain itu, Najib juga menegaskan berulang-ulang kali di dalam teks ucapannya bahawa beliau sentiasa berada di belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad setiap kali mantan PM itu diselar.

“Apabila kita tiada masalah, semua orang akan sokong kita. Betul? Ianya mudah. Apabila kita mengalami sedikit masalah, saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

“Pelbagai masalah negara berlaku semasa era pentadbiran PM terdahulu, malah berskala lebih besar.

“Namun, sokongan saya padanya tetap utuh sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM. Saya begitu setia dan oleh kerana adanya pemimpin seperti saya, beliau dapat bertahan selama 22 tahun.”

Najib kemudiannya menyatakan hari ini merupakan era beliau pula sebagai Perdana Menteri, dan beliau tidak akan meletakkan jawatan untuk memuaskan hati satu pihak.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lebih banyak perkara untuk Sarawak “lebih daripada perdana menteri sebelum ini yang telah berkuasa selama 22 tahun”.

Katanya rakyat Sarawak tahu bagaimana untuk berterima kasih kerana selama ini, Najib benar-benar menunjukkan penghargaannya kepada Sarawak melalui tindakannya memajukan negeri ini.-THE STAR ONLINE/MYNEWSHUB.CC

 

Tags: Najib Tun Razaksarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd