• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Hanya Menyuarakan Pandangan” – TMJ

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan kepada mereka”.

Demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismai Sultan Ibrahim ke atas tindakan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz membidas baginda kerana mencampuri isu politik.

Titah Tunku Ismail, baginda bersuara mengenai isu politik sebagai pemimpin rakyat Johor dan mahu mengingatkan bahawa pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat didengar.

“Anda seorang menteri, bukannya Tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberi anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan itu wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat,” titah baginda dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

BACA: Kalau Nak Hentam, Hentam Saya Depan Depan – Nazri Aziz

Kelmarin tindakan Nazri mengkritik Tunku Ismail supaya tidak mencampuri urusan politik negara dibalas TMJ dengan satu video ngauman harimau di laman Facebook Johor Southern Tigers tak lama selepas itu.

Justeru, Tunku Ismail melahirkan rasa kesal kerana terdapat golongan menteri yang pantang ditegur sedangkan dalam aturan dunia baharu setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing.

“Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah,” titah baginda.

Baginda turut memberi peringatan kepada Nazri bahawa akan tiba suatu masa rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan dan generasi akan datang negeri itu sebagai Bangsa Johor.

“Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka.

“Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain,” titah baginda. – mynewshub.cc

Tags: Nazri AzizTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd