• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Akan Naikkan Bayaran Kebajikan Tahun Depan – Adenan

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kumpulan sasar seperti orang miskin, orang kurang upaya (OKU) serta beberapa kumpulan sasar lain di Sarawak dijangka akan menerima kenaikan bayaran kebajikan masing-masing bermula tahun depan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata perkara tersebut akan diumumkan semasa pembentangan bajet negeri 2016 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan.

“Oleh kerana pendapatan negeri Sarawak ada bertambah sedikit, November nanti semasa pembentangan bajet negeri kami akan tambah bayaran kebajikan kepada OKU, orang miskin dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan kepada golongan sasaran anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Sabariah Hassan.

Adenan bagaimanapun tidak memperincikan berapa kenaikan bayaran yang akan diterima kumpulan sasar yang mendapat bayaran kebajikan itu.

“Berapa akan ditambah? Belum tahu lagi. Jadi tunggu bulan November nanti akan diumumkan dan pada tahun baharu (2016) nanti sumbangan yang diterima akan lebih daripada sekarang.

“Saya juga minta kerajaan Pusat di Kuala Lumpur untuk ikut langkah kerajaan negeri Sarawak ini dengan menaikkan bayaran kebajikan kepada golongan sasar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan Satemsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd