• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Ke IPTA/Politeknik Premier Boleh Disemak Mulai Jumaat

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan rayuan permohonanan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier bagi program lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf boleh disemak mulai Jumaat (12 Jun) pukul 12 tengah hari, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail.

Beliau berkata 134,846 pemohon gagal mendapat tempat di IPTA/Politeknik Premier dan daripada jumlah itu hanya 133,003 layak mengemukakan rayuan secara dalam talian.

“Katanya 1,843 lagi pemohon tidak layak mengemukakan permohonan kerana tidak memenuhi kelayakan minimum yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Katanya calon boleh membuat semakan keputusan di http://upu.moe.gov.my; https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my dan http://.jpt.edu.my.

Selain itu calon juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA/Politeknik Premier dengan menghubungi Hotline 03-8870 6767; Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755 atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT [nombor kad pengenalan] dan hantar ke 15888.

Dr Asma berkata kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat antaranya bergantung kepada keupayaan pemohon memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program pengajian; memperoleh pencapaian akademik dan kokurikulum yang baik selain lulus temu duga/ujian khas ditetapkan.

“Jika merit pemohon tidak begitu tinggi dan memohon progam pengajian yang popular, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian pilihan mereka,” jelasnya.

Katanya kementerian melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi seperti Bahagian Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia serta agensi penaja termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang turut menawarkan program pengajian bagi lepasan SPM/setaraf.

Selain itu tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad dan Kementerian Pendidikan tidak membenarkan sebarang pertukaran program di dalam IPTA/Politeknik Premier atau di antara IPTA/Politeknik Pendidikan. – BERNAMA

 

Tags: IPTAPoliteknik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd