• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramadan Belum Tiba, Peniaga Bazar Dah Gaduh Rebut Tapak

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Belumpun tiba bulan mulia umat Islam iaitu Ramadan, namun seluruh masyarakat sudah mula membuat persediaan bagi menghadapi tuntutan berpuasa sebulan sebelum menjelangnya hari raya Aidilfitri.

Sayangnya, tindakan beberapa individu dilihat mencemarkan kedatangan bulan tersebut apabila tegar bergaduh hanya kerana berebutkan lot tapak bazar!

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di perkarangan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS) semalam.

Ramadan Di Malaysia Tahun Ini Dijangka Panas

bazar-650x400

Memetik laporan The Rakyat Post, insiden bermula kira-kira jam 2 petang apabila sekumpulan lelaki membuat provokasi ketika Pengerusi Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) Razali Zakaria sedang melakukan sidang media untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap arahan untuk mengosongkan tapak Bazar Ramadan, tempat mereka berniaga sejak tiga tahun lalu.

“Di tengah sidang media sedang berlangsung, sekumpulan samseng menimbulkan provokasi dan mengusir kami,” ujar Razali.

Tak lama selepas itu, perang mulut mula bertukar menjadi pergaduhan apabila ia didakwa dimulakan seorang pegawai MPS.

Kata Razali lagi, semua persediaan perniagaan untuk bulan Ramadan telahpun dibuat para peniaga PUDS dan mengharapkan untuk terus berniaga di kawasan tersebut.

“Wujud unsur hasad dengki dengan mencemarkan nama penjaja Uptown Dataran Senawang dan menggantikan mereka dengan sekumpulan kroni,” katanya.

Ujarnya, masalah tersebut mula timbul setelah pihak pengurusan bahagian perlesenan MPS bertukar awal tahun ini.

“Kami tidak kisah untuk berkongsi lokasi berkenaan dengan peniaga lain, cuma lebih suka berniaga di tapak yang biasa,” katanya.

Namun demikian, lain pula cerita yang dikongsi oleh pihak satu lagi. Menurut Pengerusi Persatuan Penjaja Negeri Sembilan, Noor Hafiz Mohammad Razali, Razali yang hadir pada cabutan tapak bazar bertindak meninggalkan proses berkenaan dan tidak mencabut undi untuk 51 penjaja di bawahnya.

Alahai, mana satu yang betul ni?

Namun demikian, tindakan bergasak hanya kerana merebutkan tapak berniaga merupakan satu reaksi memalukan, apatah lagi ia tejadi sesama umat Islam.

Sepatutnya, kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian supaya seluruh penjaja dapat memanfaatkan bulan mulia untuk mencari rezeki dan barakah-Nya!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Kritik Makanan Bazar Ramadan Tak Sedap, Azwan Ali Tak Takut Dikutuk

Tags: bazarGaduhislampeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd