Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Maut Tertimbus...

KOTA KINABALU - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka tertimbus dalam kejadian...

DBKL Buka Semula Pemisah...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuka semula pemisah...

Isu Perjanjian Air Sungai...

KUALA LUMPUR : Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara...

Memahami Krisis Qatar Dalam...

1. ISRAEL cukup benci Qatar. Sebabnya Qatar mengambil pendekatan mesra dengan golongan militan anti-Israel...

Program Pemutihan PATI 3P Tidak Wujud – Imigresen

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (imigresen) menjelaskan Program Pemutihan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) 3P atau Six P seperti yang disebarkan di media sosial tidak wujud.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim sebaliknya menegaskan, Program 6P yang dilaksanakan kerajaan telah berakhir pada tahun 2014 dan tiada keputusan untuk menggantikannya dengan program lain.

“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak lain untuk menjalankan Program Pemutihan 3P atau 6P/Six P dan sebagainya untuk PATI.

“Kenyataan ini dikeluarkan kerana sejak akhir-akhir ini terdapat banyak maklumat palsu mengenai program pemutihan yang diiklankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan mengenakan bayaran tertentu kepada majikan,” katannya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sehubungan itu, Mustafa meminta itu pihak majikan dan agensi pekerjaan supaya tidak terpedaya dengan iklan dan promosi program tersebut yang kini disebarkan secara berleluasa dalam media sosial.

“Tuan/Puan hendaklah sentiasa merujuk kepada laman web imigresen untuk mendapat maklumat yang sahih iaitu www.imi.gov.my,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori