• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Yakin Dapat Jejak Suspek Tembak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis yakin dapat menjejaki suspek yang terlibat dalam kejadian tembak membabitkan mangsa, seorang wanita warga Mongolia di Dataran Utama, Damansara, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya sudah memperoleh petunjuk positif berhubung individu yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya akan menyemak laporan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berhampiran, selain mengedarkan fotofit suspek jika keadaan memerlukan.

“Siasatan awal mendapati lima das tembakan yang terkena pada mangsa juga sebenarnya bukan ditujukan padanya, tetapi pada kenalan mangsa yang memandu.

“Kita percaya kejadian bermotifkan dendam yang membabitkan aktiviti jenayah,” katanya selepas majlis serah terima tugas di IPD Shah Alam, semalam.

Pihaknya turut menyiasat latar belakang mangsa wanita warga Mongolia berusia 26 tahun yang kini dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang kelmarin, mangsa yang menaiki kereta utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Land Cruiser bersama rakan lelakinya dari arah Bandar Utama menghala ke Damansara didatangi sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Salah seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu, bagaimanapun terkena mangsa yang berada di tempat duduk hadapan. – Sinar Harian Online

 

Tags: kes tembakpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd