Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Maszlee Menteri Pertama Bentang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi yang pertama membentangkan 'kad laporan'...

Jika Brexit Kecoh, Ratu...

LONDON - Pihak berkuasa Britain telah mengembalikan pelan kecemasan dari zaman Perang Dingin...

Penurunan Harga Kereta 20%...

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan positif bahawa...

Akta Hasutan Bukan Untuk...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bertujuan mengekang...

Polis Tembak Mati 3 Penjenayah Aktif Pecah Rumah Di Shah Alam

SHAH ALAM – Sekumpulan tiga lelaki dipercayai penjenayah warga asing yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar bandar raya ini ditembak mati oleh polis awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi di Bukit Jelutong di sini, sepasukan polis terserempak dengan tiga individu dalam keadaan mencurigakan ketika membuat pemantauan, susulan aduan cubaan pecah masuk rumah oleh seorang penduduk di kawasan itu.

“Ketika polis cuba menahan mereka bagi melakukan pemeriksaan, dua daripada mereka telah menyerang anggota polis menggunakan parang dan anggota kami terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai ketiga-tiga suspek.

“Kesemua suspek mati di tempat kejadian. Bagaimanapun identiti dan kewarganegaraan mereka tidak dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama suspek,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Mohd Adnan berkata pemeriksaan lanjut terhadap beg yang dibawa seorang daripada suspek menemui pelbagai alatan pecah rumah antaranya sebuah pemutar skru, tiga topeng muka, tiga pasang sarung tangan dan peralatan pemotong.

Turut dijumpai sepucuk pistol angin dan dua bilah parang, katanya.


Menurut Mohd Adnan, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai aktif melakukan rompakan di Shah Alam, terutama di kawasan Bukit Jelutong.

Berdasarkan statistik polis, dari Januari sehingga semalam, sebanyak 20 kes pecah rumah dilaporkan di Shah Alam dan 12 kes daripadanya berlaku di Bukit Jelutong.

“Polis percaya modus operandi kumpulan berkenaan adalah dengan memecah masuk rumah mangsa pada waktu awal pagi antara pukul 1 hingga 5 pagi,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori