• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 5 Remaja Lelaki Kes Samun Kedai Serbaneka

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan lima remaja lelaki berhubung kes samun bersenjatakan parang di dua buah kedai serbaneka 24 jam di sini pagi semalam .

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata tiga daripada mereka yang kesemuanya berumur 18 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Air Putih di sini semalam hasil maklumat awam.

Katanya hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian samun di kedai serbaneka 24 jam di Jalan Beserah pada 3.45 pagi dan sebuah lagi kedai serbaneka di Sungai Isap pada 5.45 pagi bersama dua lagi rakan mereka.

“Susulan itu polis menyerbu sebuah rumah di Galing dekat sini pada pukul 2.30 petang semalam sebelum memberkas seorang pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai jenis rokok yang dipercayai dicuri di premis tersebut dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian samun itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, setengah jam kemudian seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan pelajar tingkatan lima ditangkap di kawasan sama bersama sebilah parang dan sebuah topi keledar hitam yang dipercayai digunakan kumpulan remaja terbabit.

“Polis turut menemui pelbagai jenis rokok dan gula-gula di rumahnya dan dengan tertangkapnya lima remaja terbabit, polis percaya dapat menyelesaikan kes samun di dua buah kedai serbaneka 24 jam ini,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd