• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Bantah Ahmad Jauhari Jadi Lembaga Pengarah MAS

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat penerbangan itu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, tiada justifikasi untuk Ahmad Jauhari menjadi sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah MAS berdasarkan prestasinya semasa menjadi CEO.

“Berdasarkan laman web MAS, Ahmad Jauhari dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada Mei 2015 selepas jawatannya sebagai CEO tamat pada April 2015.

“Semasa Ahmad Jauhari menjadi CEO untuk tiga bulan pertama pada 2011, MAS mencatatkan kerugian lebih RM1.3 bilion. Kerugian bersih untuk kewangan 2011 RM2.52 bilion. MAS kemudian merekodkan kerugian RM430 juta pada 2012 diikuti RM1.168 bilion pada 2013. Pada 2014, kerugian sehingga 31 September dicatatkan RM1.32 bilion,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Nurul Izzah mendakwa, pelantikan Ahmad Jauhari sebagai Ahli Lembaga Pengarah MAS merupakan satu skandal kerana individu yang bertangguungjawab atas kegagalan syarikat itu dibawa balik ke dalam MAS.

Dakwa beliau, sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Ahmad Jauhari akan mempunyai pengaruh ke atas CEO baharu MAS untuk melindungi legasinya.

“Saya meminta pelantikan Ahmad Jauhari dikaji semula dan meminta Khazanah Nasional menjelaskan kriteria dalam melantik Lembaga Pengarah MAS,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: MASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd