• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Kembali Sekolah Elit Terengganu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Saranan dibuat untuk memperkasa sekolah elit di Terengganu bagi mengembalikan semula kecemerlangannya.

Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, ini kerana sekolah elit tidak lagi menjadi rebutan murid lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk menyambung pelajaran.

“Kini sekolah elit hanya menjadi sekolah transit di mana pelajar cemerlang Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) lebih memohon untuk ke Sekolah Imtiaz atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP),” katanya.

Beliau turut menyebut mengenai kekurangan yang dihadapi sekolah elit.

“Sebagai contoh sekolah elit di Mak Lagam di sini hanya mempunyai 40 buah komputer untuk kegunaan 500 pelajar. Empat unit kit robotik yang berusia 11 tahun turut musnah akibat banjir dan kini hanya ada satu kit yang baru yang dibeli koperasi pada 2014.

“Malah sehingga kini sekolah itu tidak mempunyai dewan sekolah,” kata Wan Abdul Hakim kepada Bernama.

Justeru itu, beliau menyaranakan agar kerajaan negeri mengambil pendekatan drastik dan proaktif agar objektif penubuhan sebenar sekolah elit tercapai dan sekali gus terus menjadikan Terengganu unggul dalam bidang pendidikan.

“Objektif penubuhannya ialah untuk menjadikan ia sekolah pilihan kepada anak-anak Terengganu yang setanding dengan SBP.

“Sebagai sekolah pilihan, antara nilai tambah yang perlu disediakan termasuk kemudahan asrama, teknologi komunikasi maklumat, kelengkapan robotik, aeronotik dan aktiviti berkuda.

“Namun sekarang sekolah elit kelihatan agak lesu berbanding sekolah yang lain,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: SekolahTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd