• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Berkurung Di Esszone Tidak Jelas Rezeki Penduduk – Shahidan

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan perintah berkurung di enam daerah Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) tidak menjejaskan aktiviti ekonomi penduduk terutama komuniti maritim di kawasan itu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sepanjang perintah berkurung dilaksanakan, permit-permit pengecualian telah dikeluarkan kepada bot-bot nelayan yang bercadang menangkap ikan dengan jarak maksima sejauh lima batu nautika dari pantai.

“Sehingga Mei, sepanjang perintah berkurung fasa ke 19, sebanyak 462 permit telah dikeluarkan kepada bot-bot nelayan, feri dan kapal-kapal dagang bagi melakukan aktiviti ekonomi mereka…Sepanjang perintah berkurung dikuatkuasakan, sebanyak 7,245 permit telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) yang ingin tahu bilakah perintah berkurung di Esszone akan ditamatkan atau ditarik balik kerana mendakwa telah lama mengganggu dan mengekang pergerakan rakyat di perairan Timur Sabah untuk mencari rezeki.

Shahidan berkata penguatkuasaan perintah berkurung ini akan dilaksanakan sehingga kerajaan benar-benar berpuas hati dengan tahap keselamatan kawasan berkenaan.

Malah, perintah berkurung itu mendapat sambutan baik daripada komuniti maritim dalam kalangan nelayan, pengusaha resort dan penternak ikan yang bergantung pendapatan kepada hasil laut.

“Daripada maklum balas komuniti yang kita dapati, mereka berasa lebih selamat menjalankan aktiviti laut, kita juga mendapat respons yang baik daripada pelancong yang berasa selamat melancong di kawasan ini,” katanya.

Perintah berkurung di perairan enam daerah sepanjang perairan Sandakan hingga Tawau di negeri Sabah mula dikuatkuasa sejak 19 Julai tahun lepas susulan beberapa insiden penculikan melibatkan pelancong asing dan anggota keselamatan. – BERNAMA

 

Tags: EsszoneShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd