• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyeludupan Dadah Campur Dadah Dalam Bentuk Makanan

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan taktik terbaru menyeludup dadah dengan mencampurkan bahan itu bagi dijadikan bentuk makanan pepejal seperti biskut dan gula-gula.

PDRM dalam kenyataan hari ini berkata taktik berkenaan digunakan dengan menjual bahan terlarang itu dalam bentuk makanan pepejal yang dijual melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurut kenyataan itu, modus operandi yang digunakan dalam pengedaran dadah adalah dengan mencampurkan adunan bahan makanan dengan campuran dadah.

“Suspek hanya berinteraksi dengan pembeli melalui Facebook dan aplikasi Instagram sahaja untuk menempah pembelian dan penghantaran ‘makanan’ yang dipesan, manakala penghantaran hanya dibuat melalui perkhidmatan kurier atau pos sahaja.

“Sindiket pengedaran dadah kini mencari alternatif baru untuk menarik sesiapa sahaja yang berminat untuk membeli dan memiliki pelbagai jenis dadah,” kata kenyataan itu.

PDRM menasihatkan ibu bapa atau penjaga agar mengawasi aktiviti sosial anak-anak seperti perhubungan melalui media sosial.

Selain itu, orang ramai diminta sentiasa bersikap ingin tahu apabila melihat ahli keluarga dan rakan berkelakuan aneh serta melakukan pemeriksaan terhadap bungkusan yang diterima melalui kurier atau pos. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=D5jVUGT1cOY

Tags: kes dadahmakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd