• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Pemegang Amanah Rakyat – Khusrin

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kakitangan kerajaan Selangor diingatkan supaya sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan integriti sebagai satu amanah ke atas rakyat yang membayar cukai.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, integriti bukan sahaja bermakna menjauhkan diri daripada amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. tetapi juga sentiasa menghargai dan memelihara hak orang awam.

Beliau memberi contoh budaya minum pagi terlalu lama yang telah lama berakar umni dalam kalangan penjawat awam antara isu yang telah berjaya dikurangkan melalui tindakan `spot check’ oleh pihaknya pada awal tahun ini.

“Kita telah berjaya membuat beberapa `spot check’ dalam memantau amalan budaya negatif yang telah lama berakar umbi dalam kalangan kakitangan kerajaan iaitu budaya minum pagi yang terlalu lama.

“Lawatan mengejut ini telah menjadi viral di rangkaian media sosial dan mendapat maklum balas yang positif daripada rakyat. Alhamdulillah, kini kita boleh lihat budaya minum pagi ini telah semakin berkurangan dan diharapkan agar perkembangan positif ini akan terus berkekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2014 di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini.

Mohammed Khusrin berkata, tindakan `spot check’ oleh pihaknya itu bukan bertujuan hendak menjadi pengetua sekolah atau guru disiplin yang meronda mencari kesalahan kakitangan setiap masa.

Sebaliknya, tegas beliau, langkah tersebut terpaksa dilakukan demi menjaga nama baik perkhidmatan awam. – Mynewshub.cc

Tags: Penjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd